5 tips bilik kecil nampak luas
1. Minimakan jumlah perabot.
Gunakan perabot yang perlu sahaja. Kalau dah nama bilik tidur, kenalah ada katil yang paling utama kan. Katil pun tengok pada penggunaannya pulak. Kalau bilik kongsi, terpaksa la guna katil queen size. Tapi kalau untuk sorang je, penggunaan katil single adalah lebih baik. Ni bagi bilik yang sempit tadi lah. Kalau dah luas takkan nak taruk katil single je kat tengah-tengah, ye dok? Logic, man! Logic. Dan lebih elok lagi kalau katil tadi ada ruang untuk simpan barang kat bawahnya macam laci. Boleh letak pakaian atau barang-barang yang tak pakai.
2. Aplikasikan pengcahayaan semulajadi
Gantungkan cermin pada ruang yang sesuai untuk memantulkan pancaran cahaya matahari terus ke dalam bilik anda supaya ruang nampak lebih terang. Terang = luas. Lagi bagus kalau boleh guna almari yang pintunya bercermin. Dah dapat jimat. Almari boleh buat simpan pakaian, cermin boleh pantulkan lighting. 2 in 1!
3. Gunakan rak dinding
Kalau nak letak barang-barang yang macam frame gambar ke jam ke buku ke, gunakan rak yang lekat pada dinding untuk elak nampak serabut dekat bahagian bawah a.k.a lantai. Lagi kurang penggunaan lantai lagi nampak luas bilik kecik tadi. Maksud penggunaan lantai tu bukan la bermakna korang taruk jam @ frame gambar kat lantai... -_-. Guna lantai tu maksudnya guna almari ke meja ke untuk taruk benda-benda kecik tadi. Almari tu mesti la jejak lantai kan. Dah takde space pulak nak lepak-lepak kat bawah pasal ada perabot sana sini. Dah sempit, nanti mesti nak alih-alih pulak kalau dah boring dengan susunan lama. Guna rak kat dinding kan bagus. Jimat space, dah takyah alih-alih lagi dah.
4. Gunakan cat yang warna light @ pastel
Gunakan cat yang berwarna cerah eg. putih @ cream untuk buat bilik nampak terang dan luas.
5. Maintainkan bilik anda!
Make sure bilik sentiasa kemas dan tersusun. Kalau lighting dah elok, katil pun guna yang paling kecik dah, tapi kalau baju kotor tergantung sana sini, bilik still akan nampak sempit ok.! So pastikan bilik teratur dan bersih sentiasa.
Tu je la tips yang boleh dikongsi. Ada banyak lagi sebenarnya kalau search kat internet. Share ni pun untuk kegunaan sendiri jugak di masa depan.
kredit to # http://ping.busuk.org/v/841369/5-tips-bilik-kecil-nampak-luas.html
No comments:
Post a Comment